Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadhan OH Ramadhan..

Diriwayatkan daripada Nabi SAW baginda bersabda:
" sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan solat di tengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia "
( Hadis riwayat Abu Darda )
tazkirah 1: janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): " Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti ". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya'Allah". ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah : " mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini ". Mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka; tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi ( dengan kiraan tahun syamsiah)(iaitu bersamaan 309 tahun mengikut kiraan tahun Qamariah). (Al-Kahfi: 23-25)

tazkirah 2: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah SAW bersabda : "sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezkinya aau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)" (H.R Bukhari)

Jumaat, 21 Ogos 2009

kem ibadat n ambang merdeka..




Pengalaman semasa Kem Ibadat serta Ambang merdeka 29-31 ogos 2008. terpaksa budak2 ni mandi sungai serta bergelap disebabkan generator daro meletup.. sungai inilah yang berjasa ketika ini. maklum sajalah sungai di tepi sekolah..huhu.. semasa program ini dijalankan lilinlah menjadi penyeri..program tetap dijalankan sebagaimana yang telah dirancang.. beginilah kehidupan Warga Pangtray. Walaubagaimanapun program ini berjalan dengan lancar serta dgn jayanya bg pelajar thn6. Hasilnya seramai 5org mendapat 5A dalam upsr daripada 30 org Hasil kerja keras guru2 thn ini.. ok la 2.. bkn mudah untuk mencapai target sebegini di bumi Daro ini. smg hasil ini akan berterusan dimasa akan datang.Amiiin..





SK.Pangtray, Daro,Sarawak

pemandangan indah ketika banjir..hehe.masih aku teringat ada 3org dugong terjun dlm air ni senyap2.. sape 2..ak kata Datuk Siti BIarlah rahsia.. huhu.. bkn senang nk imbang bdn dlm perahu ni. tp apakan daya tanggungjawab tetap kena laksanakan . Terpaksa gak ke sekolah dalam gerimis mengundang walaupun murid2nyer xde.. beginilah sekolah ceruk2 sarawak.. terpaksa ku rempuh jua.. Disinilah pengalaman n kenangan mengusik jiwa tidak akan kulupakan kerana mu SK.Pangtray..hehe

Gelaran Isteri di dalam Al-Quran

perkataan yang Allah SWT gunakan didalam Al-Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. sebagai contoh yang kita dapat lihat ialah, di dalam bahasa inggeris husband n wife.sementara bahasa perancis pula, perkataan untuk suami ialah 'Mari' manakala perkataan 'Femme' untuk isteri. tetapi didalam Al-Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yg berbeza 'Zaujuh' dan 'zaujat'. hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua2nya iaitu 'zaujuh' yang bermakna 'pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, juga pelindung buat yang lain. mereka dilihat sbg sepasang, bukan berasingan. sudah tentulah ini bermakna bahawa kam lelaki didalam islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanita.
Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin, atau sepasang baju, tentulah kita menganggap semua itu adalah setara dan tidak dapat dipisahkan diantara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap bahawa stokin kanan lebih hebat dari stokin kiri atau kaca mata kanan lebih hebat dari kaca mata kiri. Begitulah perumpamaan sepasang suami isteri di dalam islam seperti yang tercatat di dalam Al-Quran. Namun, gelaran 'Zaujuh' ini hanya diberikan kepada isteri yang beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut 'Zaujuh' contohnya isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Didalam Al-Quran mereka disebut 'Imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap mahupun pelindung kepada suaminya..

Mutiara buat MU Teman..

" kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti"
(wasiat Saidina Ali R.a)