Jumaat, 21 Ogos 2009

Gelaran Isteri di dalam Al-Quran

perkataan yang Allah SWT gunakan didalam Al-Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. sebagai contoh yang kita dapat lihat ialah, di dalam bahasa inggeris husband n wife.sementara bahasa perancis pula, perkataan untuk suami ialah 'Mari' manakala perkataan 'Femme' untuk isteri. tetapi didalam Al-Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yg berbeza 'Zaujuh' dan 'zaujat'. hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua2nya iaitu 'zaujuh' yang bermakna 'pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, juga pelindung buat yang lain. mereka dilihat sbg sepasang, bukan berasingan. sudah tentulah ini bermakna bahawa kam lelaki didalam islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanita.
Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin, atau sepasang baju, tentulah kita menganggap semua itu adalah setara dan tidak dapat dipisahkan diantara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap bahawa stokin kanan lebih hebat dari stokin kiri atau kaca mata kanan lebih hebat dari kaca mata kiri. Begitulah perumpamaan sepasang suami isteri di dalam islam seperti yang tercatat di dalam Al-Quran. Namun, gelaran 'Zaujuh' ini hanya diberikan kepada isteri yang beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut 'Zaujuh' contohnya isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Didalam Al-Quran mereka disebut 'Imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap mahupun pelindung kepada suaminya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan