Rabu, 7 Oktober 2009

DUYUNG...

gbr terbaru keponakan..huhu

AISYAH HUMAIRA' 8Bulan

IRHAM AMJAD 6Bulan



dh lama x update blog ni.. pe pun aku bersyukur dapat beraya bersama kuarga tercinta br2 ni.. 23/10 ni lg skali aku pulang ke kg..seronoknyer walaupun sekejap.. mcm2 dugaan dlm kuargaku tahun ni.. pe taknya adikku yg menduduki PMR tahun ni naik chicken pop la plak.. ditambah lak adik aku yg x-cident br ni msk wad balik sbb demam kepialu.. masing2 akan menduduki exam PMR n Spm.. Ya Allah permudahkanlah adik2 aku memjawab soklan exam serta di berikan pencapaian yang terbaik..

Rabu, 9 September 2009

Cucu Wan & Aki

Alhamdulillah.. dpt lg aku update blog aku ni semntara menunggu kelas..huhu.. Dibawah ni cucunda Nawawi n Fatimah.. coming soon ada 3 lg..samalah kite nantikan thn ni.Insya"Allah.. mari kite berkenalan..

Nama saya: Aisyah Humaira' Zulhilmi. sy anak ketiga dlm adik-beradik. skrg umo dh 8bln.. sy dh pandai merangkak..sukanya.. xsabar nk bermain2 mcm abg saya Abg Amin & Abg Ashraf. cita2 sy bile besar nant nk jd doktor.nant blh rawat abah dan umi bile sakit nant.. Trm kasih Abah Umi kerana menjaga dan menyayangi sy setiap masa..

Nama saya Anis Soleha A'tiqullah. gbr ni masa anis kat umah wan.. rindunya kat wan dan Aki.. xsabar nk balik kg.. erm..nk tau x pasal sy..shhhshh..jgn citer kat org ln tau.. sy ni garang skit tp ati sy baik huhu.. masa kecik Ateh la yg jaga sy masa mama n papa g keje. tp xlama 2 mggu je..huhu. sblm 2 sy duk umah wan..seronoknya masa 2.. slalu ikut wan naik kete.. npk je wan pakai tudung terus sy nangis nk ikut..hehe.. skrg ni sy xsabar nk dpt adik baru.. bestnyer..

Nama saya Irham Amjad M.Sabruddin anak bongsu sementara setakat ni..hehe.. ramai mak sedara ckp muka sy mcm abah..hehe.. handsome x saya.. ada lesung pipit tau.. sy sebaya ngan sepupu sy Aisyah Humaira' tp sy masih kecil lagi.. tp badan sy cukup kuat. xcaya cuba la dukung sy.sy x sabar nk lompat2 ni..hehe yang bawah ni gbr kakak sy k.pia dan k.fariha jm kite berkenalan ngan die lak..



Nama saya Irdina Sofea M.Sabruddin. saya suka tolong ibu.. nk tau x sy suka sgt warna pink. smua baju,kasut dan sepit rambut sy warna pink. klu g shopping sy mesti mintak brg warna pink.. tp.. ibu dh x bg sy beli baju warna pink lg.. sbb nant org kata sy xmandi lak sbb hari2 pakai baju warna pink.. tp sy xkisah org kata ape..yg penting sy cantik bergaya dgn warna pink hehe..



Nama saya Imtiyaz Fariha M. Sabruddin. sy anak yg pertama dlm keluarga. skrg sy nk citer tentang diri saya lak.. erm.. pe ye nk citer.. skrg kakak dh umo 5thn.. thn depan kakak blh pegi sekolah dgn ibu.. xsabarnya kakak nk pegi sekolah. nk tau x kakak dh pandai bersolek.. klu nk tau tanya la ibu..mesti ibu kata ya.. kakak blaja bersolek ngan mak sedara kakak. skrg mak sedara kakak dekat miri.. xsabar nk tunggu dia balik..huhu..



Nama saya Adam Darwish M.Gaddafi dan saya pula Mohd Iqbal M.Gaddafi. Sy syg umi dan abah.. xlama lg sy dapat adik kembar sorang untuk abg iqbal sorang lagi untuk saya.hehe.. sy ni byk cakap n xsabar nk tunggu Ateh balik sbb Ateh dah janji nk blanje kfc.. xsabarnya..





Nama saya Asyraf Zulhilmi dan saya pula Ahmad Al-Amin Zulhilmi iaitu cucu sulong Wan dan Aki..hehe.. sy ni nakal skit,suka memerintah n selalu kena marah dgn abah dan umi..huhu..tp sebenarnya sy ni bdk baik..hehe. adik sy ni ashraf pendiam orangnyer.. tp diam2 ubi berisi.. klu senyap je ada la 2 keje yg dibuat. nak tau keje pe.. tukang sepahkan umah..huhu.. sy pun join la skali.. seronok..hehehe. jgn main2 tau kami ni super hero..






Isnin, 7 September 2009

Kenangan mengusik jiwa di SMU Pulau Tawar

Ini lah kumpulan nasyid masa zaman sek dulu..huhu.. yg solo 2 xlain xbukan akak Hanimzah peserta Akademi quran sblhnya lak adiknyer K.Jannah.. masih ku igt nama2 dieorg ni.. huhu.. inilah aktiviti masa sekolah dl. gbr2 ni semua semasa aku ting.2 n ting.3. pada rakan2 yg rasa2nya ada ternpk dlm gbr ni marilah sama2 mengimarahkan lg blog ni..huhu..Inilah teman baik masa sek kat Pulau Tawar dl.. suhaya, aku, gdah n ain..


time ni nk balik asrama..jauh tul aspuri..blkg pejabat pengetua ni..



Gbr ni lak masa bengkel PMR kat jengka. masa ni Tok Ayah meninggalkan pentas dunia ini buat selamanya..aku tau Tok Ayah dah tiada setelah blk dari bengkel.. sedih rasa xdpt bersua muka dengan Tok Ayah wat kali terakhir..smg rohnya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..



www.facebook.com

Menyingkap kenangan silam..huhu

huhu..ni la gbr kenangan satu2nya aku ms budak2 dl..huhu..masa ni sekolah di SKBJ jerantut.. darjah brp ek? aku pun dh lupa..mkin masa ni thn 2 o 3 kot.. sbb alfa pun dah sek gak masa ni.. dah kawen pun die skrg 14/8 br ni.. kakaknya lum lg tp on the way kearah itu juga..huhu Insya"Allah dipermudahkn..Amiin..2 org dewasa dibelakang 2 itulah ma n abah aku Siti Fatimah n Nawawi.yg atas dukung ma 2 Abdul Hakim adik aku yg xcident br2 ni.. yg pakai tudung hitam 2 Nur surayya anak ke-4. mengajar di bangi . sudah berkahwin n mempunyai seorang cahaya mata namanya anis soleha n ada lg sorang coming soon..huhu..bertambah lg anak buah xlm lagi dpt anak buah kembar lak kakak aku Halwani yg tgh amik gbr ni.. dh xlama due nyer..xsabarnya nk tgk.. yg depan Surayya 2 namanya Ahmad Al-Fawani ngaja di Ampang, yg bulat comel 2 Aiman skrg kat UDM, yg pakai bj pj sek 2 of coz la aku ngajar kat sk. Pangtray, daro srwk..huhu jauhnya dr kuarga. yg kecik depan 2 namanya Atiyyah Mumtazah di UMK.itulah satunya dik perempuan aku..yg ln smua laki2.. masih ramai lg yg xde dlm gbr ni.. ni je yg aku jumpa kat Kg br ni.. Gbr ni semasa blk ke kg dr jerantut ke kelantan kat lipis klu xsilap..masa ni kakak aku halwani gila2 nk bergambar..sbb 2 tepi semak pun menjadi jerk bergambar.huhu.. jgn marah ek kekanda2ku..hehe

Jumaat, 4 September 2009

Anak Yang soleh..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah dapat lg aku mencoretkan kisah2 panduan buat diriku serta rakan2 sahabat yang disayangai.. disaat ini hati dan perasaanku memerlukan ubat yang boleh meredakan kecelaruan difikiranku serta perasaanku diwaktu ini.. bagaimana caranya? aku cuba,try,test mencoretkan kisah2 tauladan yang boleh kita ambil untuk dijadikan panduan.. mulanya cerita ini, satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dgn seorg pemuda yg melecet bahunya.
selepas selesai tawaf, Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: " kenapa bahumu itu?"
jawab pemuda itu: Ya Rasulullah! saya dari yaman, saya mempunyi seorg ibu yg sudah uzur. sy sgt mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskannya. sy melepaskan ibu sy hanya ketika buang hajat, solat, atau rehat. selain itu selalu mendukungnya (dibahu).
lalu ank muda itu bertanya: "Ya Rasulullah! apakah sy sudah termasuk kedalam org yang sudah berbakti kpd org tua (ibubapa)?"
Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: "sesungguhnya Allah redha kepadamu, kamu ank soleh, anak yg berbakti. tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta org tuamu ."
Wahai Nasrun, wahai daniel. hendaknya berbaktilah kepada ibu. wahai ank, syurgamu terletak dibawah tapak kaki ibu!
Rasulullah SAW bersabda antara maksudnya:

ada seseorg dtg bertanay kpd kepa Rsulullah SAW lalu bertanya; " siapakah yang perlu kami utamakan selepas Allah dan Rasulnya?" lalu Baginda SAW menjawab: "Ibumu". kemudian dia bertanya lagi: " selepas itu?" baginda SAW terus menjawab : "Ibumu"... orang itu masih tidak puas hati, lalu ditanya lagi: "selepas itu?" Baginda SAW terus menjawab: "Ibumu...kemudian Bapamu.." tiga kali perkataan ibu diulang2. kemudian barulah perkataan ayah disebutkan oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW.
wahai anak-ankku, besar harapan ayagh agar kau menjadi insan yang soleh lagi berguna kepada sekalian makhluk; didunia dan juga Akhirat.
wahai anak-anakku, jika ayah tiada, kaulah pemimpin keluarga ini, maka pimpinilah ia ke jalan keredhaan Allah SWT dan Rasul-Nya. Janganlah engkau menjadi insan yang hina lagi menghinakan. jauhilah perkara2 yang zalim dan menjadi zalim.
wahai ank2ku, mari ayah berikan perumpamaan:
"biarlah kita menjadi seumpama sepohon pokok kelapa yang menghadap ke pantai. kau diibaratkan kelapa tua itu.
apabila kelapa tua itu sudah cukup tua, lalu ia jatuh kedalam laut. lalu hanyut ke tengah samudera. walaupun kau dilambung ombak, membelah pantai, menyusung puting beliung... namun jangan tinggalkan Tuhanmu!!
kemudian apabila kamu terdampar di tepian pantai ditengah pulau asing bahkan tandus, maka tumbuhlah kau sebagai pohon kepala yang subur. lalu memberikan manfaat kepada sekalian alam. airmu boleh diminum,daunmu boleh dipergunakan org, umbutmu dapat memberkan makanan dan kau juga memberikan waris insan cemerlang insan Soleh!!.
wahai anak2 ketahuilah, saatnya akan tiba. kau akan bergelendangan keseorgan di muka bumi ini tanpa ayah tanpa ibu. oleh itu, jadilah insan yang terpimpin dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai pedoman. jadilah seumpama pohon kelapa tadi, subur memberikan manfaat, tempat bernaung dan berlindung buat burung2, para nelayan, dan makhluk yang lainnya.
wahai anak2ku, ayah sembah salam pada mu. Ya Allah! jadikanlah kami dikalangan org2 yang soleh. Ahli ibadah kepadamu. org2 sentiasa solat dan bersyukur kepada Mu.
Ya! Allah taufiq dan hidayah Mu jualah yang kami tagihkan untuk menyuluh kehidupan kami. terangilah hati kami dengan nur sinar cahaya keimanan Muhammad SAW.
Ya! Allah apalah kiranya kau tempatkan kami dikalangan org2 yang mendapat petunjuk Mu seperti Muhammad SAW, Para Anbiya', para Auliya', dan solehin dan bukan ke jalan org2 yg derhaka kepada Mu dan Kau sesatkan sepertimana Firaun dan Hamman!!!. nau'zubillah himinzalik
.

'Ramadhan yang mulia..


Assalamualaikum..
28 ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan 1430 peristiwa sayu berlaku kepada ahli keluargaku. insan yang bernama Abdul Hakim telah ditakdirkan Allah Taala dilanggar lari oleh Makhluk Allah yang bernama manusia sempena di bulan yang mulia ini.. sedih tidak tergambar pada hari tersebut apabila menerima panggilan menyatakan bahawa adikku sudah terlantar di wad kecemasan.. perasaan risau serta sedih tergambar di wajah ibuku. bagaimana hendak memberitahu ayahku mengenai hal ini.. ibuku hanya memberitahu ayahku bahawa adikku hanya jatuh motor. tidak sanggup rasanya memberitahu ayahku yg berada didalam keadaan uzur bahawa adikku mengalami kecederaan patah tulang rahang, patah 1 tulang rusuk sehingga menusuk paru2 dan patah tulang punggung.sehingga ke hari ini 4 September 2009 ayahku tidak mengetahui hal yang sebenar..terlalu byk dugaan yg telah ibuku lalui. sedih rasanya aku sbg anak tidak dapat membantu ketika dia memerlukan sokongan dan dokongan anak2.aku hanya mampu bertanya khabar melalui fon. seksanya bila berada dirantauan ni.. argh..bile leh pindah semenanjung ni..tuhan tlg la aku nk pindah huhuhuu.. erm..berbalik citer adik aku td Alhamdulillah hari ini adikku beransur pulih. wayar yg berada ditulang rusuk sudah pun ditanggalkan. cuma menunggu paru2 pulih sepenuhnya untuk membuat pembedahan dibahagian rahang untuk dimasukkan skru..bagaimanalh exam spm adikku ini pd thn ni.. mg2 Tuhan mempermudahkan pembelajaran adikku ini.. Amiiin.. dan aku doakan smg kesihatan adikku bertambah baik serta kepada ibuku x-specially smg tabah menghadapi dugaan ini.. anakmu yg jauh dirantauan ini sentiasa mendoakan kesejahteraan untukmu IBU..


Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadhan OH Ramadhan..

Diriwayatkan daripada Nabi SAW baginda bersabda:
" sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan solat di tengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia "
( Hadis riwayat Abu Darda )
tazkirah 1: janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): " Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti ". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya'Allah". ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah : " mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini ". Mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka; tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi ( dengan kiraan tahun syamsiah)(iaitu bersamaan 309 tahun mengikut kiraan tahun Qamariah). (Al-Kahfi: 23-25)

tazkirah 2: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah SAW bersabda : "sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezkinya aau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)" (H.R Bukhari)

Jumaat, 21 Ogos 2009

kem ibadat n ambang merdeka..




Pengalaman semasa Kem Ibadat serta Ambang merdeka 29-31 ogos 2008. terpaksa budak2 ni mandi sungai serta bergelap disebabkan generator daro meletup.. sungai inilah yang berjasa ketika ini. maklum sajalah sungai di tepi sekolah..huhu.. semasa program ini dijalankan lilinlah menjadi penyeri..program tetap dijalankan sebagaimana yang telah dirancang.. beginilah kehidupan Warga Pangtray. Walaubagaimanapun program ini berjalan dengan lancar serta dgn jayanya bg pelajar thn6. Hasilnya seramai 5org mendapat 5A dalam upsr daripada 30 org Hasil kerja keras guru2 thn ini.. ok la 2.. bkn mudah untuk mencapai target sebegini di bumi Daro ini. smg hasil ini akan berterusan dimasa akan datang.Amiiin..





SK.Pangtray, Daro,Sarawak

pemandangan indah ketika banjir..hehe.masih aku teringat ada 3org dugong terjun dlm air ni senyap2.. sape 2..ak kata Datuk Siti BIarlah rahsia.. huhu.. bkn senang nk imbang bdn dlm perahu ni. tp apakan daya tanggungjawab tetap kena laksanakan . Terpaksa gak ke sekolah dalam gerimis mengundang walaupun murid2nyer xde.. beginilah sekolah ceruk2 sarawak.. terpaksa ku rempuh jua.. Disinilah pengalaman n kenangan mengusik jiwa tidak akan kulupakan kerana mu SK.Pangtray..hehe

Gelaran Isteri di dalam Al-Quran

perkataan yang Allah SWT gunakan didalam Al-Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. sebagai contoh yang kita dapat lihat ialah, di dalam bahasa inggeris husband n wife.sementara bahasa perancis pula, perkataan untuk suami ialah 'Mari' manakala perkataan 'Femme' untuk isteri. tetapi didalam Al-Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yg berbeza 'Zaujuh' dan 'zaujat'. hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua2nya iaitu 'zaujuh' yang bermakna 'pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, juga pelindung buat yang lain. mereka dilihat sbg sepasang, bukan berasingan. sudah tentulah ini bermakna bahawa kam lelaki didalam islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanita.
Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin, atau sepasang baju, tentulah kita menganggap semua itu adalah setara dan tidak dapat dipisahkan diantara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap bahawa stokin kanan lebih hebat dari stokin kiri atau kaca mata kanan lebih hebat dari kaca mata kiri. Begitulah perumpamaan sepasang suami isteri di dalam islam seperti yang tercatat di dalam Al-Quran. Namun, gelaran 'Zaujuh' ini hanya diberikan kepada isteri yang beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut 'Zaujuh' contohnya isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Didalam Al-Quran mereka disebut 'Imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap mahupun pelindung kepada suaminya..

Mutiara buat MU Teman..

" kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti"
(wasiat Saidina Ali R.a)