Jumaat, 4 September 2009

'Ramadhan yang mulia..


Assalamualaikum..
28 ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan 1430 peristiwa sayu berlaku kepada ahli keluargaku. insan yang bernama Abdul Hakim telah ditakdirkan Allah Taala dilanggar lari oleh Makhluk Allah yang bernama manusia sempena di bulan yang mulia ini.. sedih tidak tergambar pada hari tersebut apabila menerima panggilan menyatakan bahawa adikku sudah terlantar di wad kecemasan.. perasaan risau serta sedih tergambar di wajah ibuku. bagaimana hendak memberitahu ayahku mengenai hal ini.. ibuku hanya memberitahu ayahku bahawa adikku hanya jatuh motor. tidak sanggup rasanya memberitahu ayahku yg berada didalam keadaan uzur bahawa adikku mengalami kecederaan patah tulang rahang, patah 1 tulang rusuk sehingga menusuk paru2 dan patah tulang punggung.sehingga ke hari ini 4 September 2009 ayahku tidak mengetahui hal yang sebenar..terlalu byk dugaan yg telah ibuku lalui. sedih rasanya aku sbg anak tidak dapat membantu ketika dia memerlukan sokongan dan dokongan anak2.aku hanya mampu bertanya khabar melalui fon. seksanya bila berada dirantauan ni.. argh..bile leh pindah semenanjung ni..tuhan tlg la aku nk pindah huhuhuu.. erm..berbalik citer adik aku td Alhamdulillah hari ini adikku beransur pulih. wayar yg berada ditulang rusuk sudah pun ditanggalkan. cuma menunggu paru2 pulih sepenuhnya untuk membuat pembedahan dibahagian rahang untuk dimasukkan skru..bagaimanalh exam spm adikku ini pd thn ni.. mg2 Tuhan mempermudahkan pembelajaran adikku ini.. Amiiin.. dan aku doakan smg kesihatan adikku bertambah baik serta kepada ibuku x-specially smg tabah menghadapi dugaan ini.. anakmu yg jauh dirantauan ini sentiasa mendoakan kesejahteraan untukmu IBU..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan